Sunday, 1 January 2017

PhD

2017 tahun survival, bermula dgn susah menjadikan kita insan bersyukur..
Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri tentang survival utk hidup. Mendapat pekerjaan tetap, selesa dan terjamin. Semua orang hendakkan begitu. Semua pekerjaan ada risikonya kecuali sektor awam yg ramai org anggap kerjaya selamat wp bergaji sedikit... Namun peluang dlm sektor tersebut amatlah terhad apatah lagi dalam suasana ekonomi yg suram...
Saudara, jgn lupa Allah ada utk menjaminkan rezeki kpd kita dan anak2 kita... Bapa saya (bapa org lain pun sama saya rasa) seorang pemandu bas, pernah bekerja kuli di kilang gula dan pesawah kampung.. Ayahnya mati awal... terpaksa survive utk adik2.. Tiada takaful pendidikan, PA Accident dan saving utk kami... Tetapi dapat juga kami adik beradik dapat masuk U dan berkhidmat dgn sektor awam... walaupun bapa saya tidak mempunyai pencen gomen, tapi Allah bagi sorang anak dia mempunyai PhD yg mana rakan2 dia yg berjaya lebih awal, anak mereka cuma 'biasa-biasa' saja (dan ada yg hebat krn tuah nasib bapa mereka yg terkenal)...
Allah suruh kita mencari rezeki yg halal atas muka bumi ini... Bekerjalah!.. Dia akan mencukupkan keperluan kita... dengan syarat bertaqwa dan mematuhi perintahNya... Bekerja tak semestinya dgn kerajaan.. Sebelum jadi pensyarah tetap di IPTA, saya pernah mengajar tuisyen rumah ke rumah di malam hari (mcm peminta sedekah), ganti kuliah2 maghrib di tempat2 cikai, menterjemah buku, mengajar sambilan di UM, jadi pembantu pengawas exam di KUIM (sekarang USIM), jadi pensyarah tetap di IPTS dgn gaji rm1429... Semua itu, saya buat sewaktu dah ada MA walhal sesetengah kawan saya dah senang di IPTA dan ada yg berPhD...
Selepas tamat MA 2001, semua IPTA dan IPTS atas muka bumi Malaysia saya apply dan hantar resume... Ada yg panggil temuduga dan tiada rezeki.. Saya pernah ditawarkan pensyarah sambilan di USIM, dah dapat jadual utk mengajar.. pada awal pagi bersiap2 nk pergi mengajar, pihak universiti call bgtau tawaran ditarik balik krn saya dituduh pro pembangkang... Bayangkan!.. Pergi temuduga Kisdar (KUiS), diperolok2 oleh panel temuduga krn belajar di al-Azhar dan parti apa nk undi masa PRU nanti?.. Saya sentiasa ingat setiap detik sedih itu sampai hari ini.. sampai mati saya ingat... Banyak lagi yg tak perlu diceritakan... Hanya Kolej Dar al-Hikmah Abim di Kajang yg sudi ambil saya bekerja dgn gaji yg sgt sederhana.. Alhamdulillah..
Ketika susah dan mendaki sedikit demi sedikit, setelah kita senang hari ini, banyak perkara kita realized :
1. Kawan2 yg senang awal, tidak pernah mengambil hak kita atau potong rezeki kita... Dia ambil hak dia dan cuma hak kita saja belum dapat...
2. Allah akan ganti rezeki yg tertangguh itu dgn bermacam2 nikmat utk kita pada masa dan tempat yg sesuai nanti...percayalah! Allah itu adil... Kita akan dapat nikmat yg selari dgn keperluan kita dan anak2 kita nnti...
3. Jenis nikmat adalah bervariasi. Bukan nikmat gaji sahaja... Ia termasuk nikmat anak2, kenaikan gaji/pangkat, kejayaan anak2, isteri yg baik, kesihatan, hubungan baik dengan boss dll..
4. Kita akan tahu erti bersyukur dgn apa yg ada dan menghargai nikmat wp sedikit. Dengan itu, kita dapat share perasaan dan kesusahan orang2 muda lain yg sedang survive.... jgn pandang sebelah mata dan jangan berat tulang utk cuba membantu mereka ini yg datang memohon kerja dgn penuh pengharapan... jgn lokek utk tenteramkan hati mereka yg setiap hari susah hati mencari pekerjaan tetap...
5. Baru kita tahu yg Allah itu benar2 Tuhan yg bijaksana... Setiap perancanganNya utk kita sewaktu susah sampai waktu senang adalah unexpected... Kalaulah kita boleh teka perancangan Allah yg seterusnya atau setiap doa kita dimakbulkan sprt yf kita minta, maka Dia bukanlah Tuhan sebenar krn Dia terpaksa ikut kehendak kita.. Oleh krn Dia Tuhan, maka berhusnuzzanlah Dia akan berlaku baik pada kita...
{‏‏وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا‏} ‏[‏الطلاق‏:‏ 2- 3‏]‏

Sunday, 25 December 2016

Johan Futsal Red One (Ketam Angin FC)




Alhamdulillah. Johan Futsal anjuran Red One pada 25 Desember 2016 di Arena Sport Planet Gong Badak, Kuala Terengganu. 

"Bersukanlah untuk mencari silaturahim dan menjaga kesihatan" 

-MAM-

Sunday, 4 December 2016

Naib Johan Futsal di Kuantan





Pendidikan anak-anak

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada reader..semoga kita semua berada dalam rahmat Allah s.w.t.

Hari ini, aku ingin mengetengahkan idea aku berkenaan dengan "pendidikan anak-anak untuk generasi Y dan Z". Aku merasakan ibubapa perlu mengambil serius dalam bab pendidikan anak-anak semasa kecil. Sebab apa? kerana pendidikanlah membentuk anak-anak berfikiran yang tinggi dan mempunyai akhlak yang baik. Lebih-lebih lagi kepada golongan generasi Y dan Z. Mereka dibesarkan dengan kecanggihan teknologi, pendek kata, maklumat semua hanya dihujung jari. Walaupun ibubapa penat berkerja dari pagi hingga malam. Namun luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak, perlu memaksa diri untuk menjadikan dan membentuk anak-anak yang soleh dan solehah. insyaallah..Antara cadangan aku ialah:


1. Ibubapa perlu buat jadual harian di rumah untuk diri dan anak-anak. Perancangan kerja supaya dapat melatih ibubapa dan anak-anak lebih berdisiplin.

2. Ibubapa perlu memaksa diri mengajar anak-anak mengaji, membaca al-Quran dan mengenal huruf al-Quran. Ibubapa perlu menjadi guru al-Quran kepada anak-anak. Jika ibubapa tidak arif dalam bidang al-Quran, ibubapa perlu mencari guru atau ustaz mengajar anak-anak dalam bidang al-Quran dan agama di rumah. Biarlah kita ada anak yang sejuk mata memandang yang dapat menghafal 30 juzuk al-Quran.

3. Ibubapa perlu merancang membuat klinik pendidikan kepada anak-anak dalam semua subjek. Perlu merancang jadual pada waktu malam. ambil masa dalam 1 jam untuk mengajar anak-anak belajar, mengajar dan membuat homework. Ibubapa perlu bersama anak-anak. awasi mereka semasa proses pembelajaran di Rumah.

4, Ibubapa juga perlu memantau anak-anak dalam bersosial dengan kawan-kawan samada di kampung atau di sekolah. Perlu memberikan masa atau melihat kegiatan anak-anak kita berkawan. Jangan sampai terjerebak dengan budaya kuning seperti merokok, ponteng sekolah, bercouple dan sebagainya.  

#bergaulah dengan anak-anak seperti kawan karib#

Monday, 28 November 2016

Allah sentiasa menguji iman hambanya

Dalam hidup ni, kita rasa kita ada ramai kawan, kita ada orang yang selalu ambil berat tentang kita. Then kita rasa best dan bahagia. Namun hakikatnya dalam hidup ni hanya antara kita dan Tuhan. Bila Allah tarik balik semua tu baru kita jadi sedar diri.

Allah sedang menguji hati kita.