Sunday, 25 December 2016

Johan Futsal Red One (Ketam Angin FC)




Alhamdulillah. Johan Futsal anjuran Red One pada 25 Desember 2016 di Arena Sport Planet Gong Badak, Kuala Terengganu. 

"Bersukanlah untuk mencari silaturahim dan menjaga kesihatan" 

-MAM-

Sunday, 4 December 2016

Naib Johan Futsal di Kuantan





Pendidikan anak-anak

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada reader..semoga kita semua berada dalam rahmat Allah s.w.t.

Hari ini, aku ingin mengetengahkan idea aku berkenaan dengan "pendidikan anak-anak untuk generasi Y dan Z". Aku merasakan ibubapa perlu mengambil serius dalam bab pendidikan anak-anak semasa kecil. Sebab apa? kerana pendidikanlah membentuk anak-anak berfikiran yang tinggi dan mempunyai akhlak yang baik. Lebih-lebih lagi kepada golongan generasi Y dan Z. Mereka dibesarkan dengan kecanggihan teknologi, pendek kata, maklumat semua hanya dihujung jari. Walaupun ibubapa penat berkerja dari pagi hingga malam. Namun luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak, perlu memaksa diri untuk menjadikan dan membentuk anak-anak yang soleh dan solehah. insyaallah..Antara cadangan aku ialah:


1. Ibubapa perlu buat jadual harian di rumah untuk diri dan anak-anak. Perancangan kerja supaya dapat melatih ibubapa dan anak-anak lebih berdisiplin.

2. Ibubapa perlu memaksa diri mengajar anak-anak mengaji, membaca al-Quran dan mengenal huruf al-Quran. Ibubapa perlu menjadi guru al-Quran kepada anak-anak. Jika ibubapa tidak arif dalam bidang al-Quran, ibubapa perlu mencari guru atau ustaz mengajar anak-anak dalam bidang al-Quran dan agama di rumah. Biarlah kita ada anak yang sejuk mata memandang yang dapat menghafal 30 juzuk al-Quran.

3. Ibubapa perlu merancang membuat klinik pendidikan kepada anak-anak dalam semua subjek. Perlu merancang jadual pada waktu malam. ambil masa dalam 1 jam untuk mengajar anak-anak belajar, mengajar dan membuat homework. Ibubapa perlu bersama anak-anak. awasi mereka semasa proses pembelajaran di Rumah.

4, Ibubapa juga perlu memantau anak-anak dalam bersosial dengan kawan-kawan samada di kampung atau di sekolah. Perlu memberikan masa atau melihat kegiatan anak-anak kita berkawan. Jangan sampai terjerebak dengan budaya kuning seperti merokok, ponteng sekolah, bercouple dan sebagainya.  

#bergaulah dengan anak-anak seperti kawan karib#

Monday, 28 November 2016

Allah sentiasa menguji iman hambanya

Dalam hidup ni, kita rasa kita ada ramai kawan, kita ada orang yang selalu ambil berat tentang kita. Then kita rasa best dan bahagia. Namun hakikatnya dalam hidup ni hanya antara kita dan Tuhan. Bila Allah tarik balik semua tu baru kita jadi sedar diri.

Allah sedang menguji hati kita.

Tuesday, 22 November 2016

Cita-cita

Cita-Cita?


Semasa dibangku sekolah lagi, aku bercita-cita ingin menjadi seorang penulis buku yang berjaya. Minat aku ini telah disedari selepas aku membaca buku “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” karangan Prof Dr. Hamka.  Setelah itu, aku mula minat membaca buku karangan Prof Dr Hamka ini. Membaca dan terus mencari semua karya beliau di semua kedai yang berhampiran. Aku juga cuba membaca lagi beberapa buku karya Prof Dr. Hamka yang lain seperti Lembaga Budi, Terusir, Falsafah Hidup, Tasawuf Moden. Tanpa aku sedari, penulisannya telah membakar semangatku untuk terus dengan cita-citaku sebagai seorang penulis buku suatu hari nanti. Pada pendapatku penulisannya banyak memberikan impak kepada jiwa pembaca kerana karyanya telah menghidupkan jiwa-jiwa yang mati. Maksudnya, bukanlah orang yang mati itu hidup kembali, tapi menghidupkan jiwa orang yang lemah atau mengalami masalah kembali semangat untuk meneruskan perjuangan hidup! Aku tertarik dengan cara gaya bahasa (balaghah) yang digunakan sangat halus, lembut, sopan dan sebagainya. Boleh dianggap sedaplah untuk membaca. Nasihat aku, membacalah dan terus membaca. Jangan biarkan otak beku tanpa ilmu!